Minit mesyuarat BNM pada November 2025 menunjukkan penilaian bank pusat terhadap prospek pertumbuhan 2026 kekal tidak berubah berbanding mesyuarat September.
00:00BMI mengekalkan pandangannya bahawa Bank Negara Malaysia, BNM, akan mengekalkan kadar dasar semalaman atau OPR pada paras 2.75% sepanjang 2026 disokong oleh permintaan domestik yang kekal berdaya tahan.
00:16Dalam satu nota pada Khamis, Unit Fitch Solutions itu memaklumkan, Minit Mesyuarat BNM pada November 2025 menunjukkan penilaian Bank Pusat terhadap prospek pertumbuhan 2026 kekal tidak berubah berbanding mesyuarat September dengan sokongan berterusan daripada permintaan domestik.
00:34BMI terlalu menyatakan Bank Pusat pada masa ini mempunyai kebimbangan minimum terhadap inflasi memandangkan inflasi utama secara umumnya menepati jangkaan dengan purata 1.4% bagi tempoh Januari 2025 hingga November 2025.
00:53BMI memberitahu unjuran yang disemak itu berada pada had atas ramalan kerajaan Malaysia iaitu antara 1.3% hingga 2.0%.
01:02Namun secara umum selari dengan purata 1.8% bagi tempoh 2020 hingga 2024.
01:10Firma penyelidikan itu juga menyemak unjuran kadar pertukaran asingnya dengan kini menjangkakan ringgit mencecah RM4 berbanding dolar Amerika menjelang akhir 2026.
01:22Dengan BNM dijangka mengekalkan pendiriannya, ini bermakna perbezaan hasil akan bergerak memihak kepada ringgit.
Be the first to comment