Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Seramai 1,655 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri setakat 6 pagi Rabu, dengan Sabah merekodkan peningkatan jumlah mangsa.
Transcript
00:00Seramai 1,655 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara PPS di tiga negeri dengan Sabah merekodkan pertambahan setakat 6 pagi Rabu.
00:11Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa di daerah terjejas iaitu Bufod, Tenom, Kota Belut dan Kemabung meningkat kepada 1,369 mangsa.
00:23Sebanyak 11 PPS dibuka di Sabah masing-masing di 4 daerah terjejas, di Bufod, 627 mangsa daripada 211 keluarga ditempatkan di 4 PPS, 271 mangsa banjir Kota Belut ditempatkan di 2 PPS.
00:40Selain itu, di Tenom, seramai 331 mangsa daripada 153 keluarga ditempatkan di 4 PPS yang dibuka, manakala di Kemabung hanya 1 PPS beroperasi, di Dewan Terbuka Labut 2 menempatkan 140 mangsa daripada 40 keluarga.
00:59Dalam pada itu, di Sarawak sedikit peningkatan direkodkan dengan jumlah terkini seramai 286 mangsa ditempatkan di 1 PPS iaitu di Dewan Sekolah Berkenu.
01:12Di Johor, kesemua PPS ditutup selepas dibuka sejak 28 Disember 2025, ekoran banjir di daerah terjejas pulih sepenuhnya.
Comments

Recommended