00:00Seramai 12 anggota polis yang sedang disiasat berhubung kes kecurian mata wang kripto milik warga negara China kini direhatkan daripada
00:08tugas aktif.
00:09Ketua Polis Negara, Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan termasuk merakam percakapan individu berkaitan sebelum sebarang
00:19tindakan lanjut diputuskan.
00:21Menurutnya sementara ini mereka ditugaskan di pejabat dan siasatan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.
00:27Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia PDRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota
00:36yang terbabit dalam kegiatan menyalahi undang-undang.
Comments