00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif pada Jumaat yang menamatkan kutipan duti ad valorem tambahan yang dikenakan di
00:08bawah beberapa perintah eksekutif terdahulu bagi menangani keselamatan negara, ketidakseimbangan, perdagangan dan ancaman luar.
00:16Menurut kenyataan White House, duti berkenaan melibatkan kutipan yang dikenakan menurut Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa.
00:23Lanjutan itu, semua jabatan dan agensi yang terlibat diarahkan untuk mengambil langkah segera bagi menghentikan kutipan duti tambahan tersebut dengan
00:32pengubahsuaian kepada jadual tarif harmoni akan dilakukan mengikut keperluan.
00:36Perintah itu menjelaskan bahawa langkah perdagangan lain yang baru diperkenalkan termasuk secas import sementara pada 20 Februari dan penggantungan layanan
00:47diminimis tanpa duti kekal berkuatkuasa.
00:49White House menekankan bahawa tindakan itu hanya menamatkan duti ad valorem khusus di bawah IEPA dan tidak mengubah tarif yang
00:57dikenakan di bawah bidang kuasa perdagangan lain termasuk Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan atau Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974.
01:07Perintah eksekutif itu dibuat selepas Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar tarif Trump.
Comments