00:00Baik, sindrom tertidur seketika atau microslip semasa memandu menjadi antara faktor utama kepada kemalangan jalan raya di negara ini dengan
00:08kira-kira 20% kes termasuk kematian dilaporkan setiap tahun.
00:13Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, MIROS, Prof. Madia Dr. Siti Zahra Ishak berkata,
00:19Microslip berlaku akibat keletihan dan kelesuan selain dipengaruhi jam biologi tubuh khususnya ketika musim perayaan yang melibatkan perjalanan jauh, tempoh
00:29pemanduan terlalu lama serta perubahan corak pemanduan.
00:34Menurutnya, microslip berlaku apabila memandu dalam keadaan tanpa sedar untuk seketika dan ada juga pemandu yang mengalami microslip dalam keadaan
00:43mata terbuka.
00:44Beliau berkata, antara simptom awal gejala microslip ialah pemandu kerap mengubah posisi duduk serta momentum kelajuan kenderaan yang tidak konsisten.
00:54Secara purata, manusia memerlukan tujuh jam tidur bagi memastikan badan benar-benar segar namun kualiti tidur lebih penting berbanding tempohnya.
01:03Sekiranya mengantuk ketika memandu, pemandu dinasihatkan berhenti dan berehat di kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya.
01:11Katanya, risiko kemalangan meningkat ketara pada musim perayaan berikutan pertembungan dengan cuti sekolah yang berdasarkan unjuran Lembaga Lebuh Raya Malaysia
01:19yang menunjukkan lebih 2 juta pergerakan kenderaan di lebuh raya sepanjang tempoh itu.
01:25Terima kasih telah menonton!
01:25Terima kasih telah menonton!
01:26Terima kasih telah menonton!
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments