Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kongres khas DAP pada 12 Julai depan adalah sebahagian daripada proses dalaman parti itu untuk memastikan ketetapan organisasi dipatuhi, kata Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kongres khas DAP pada 12 Julai depan adalah sebahagian daripada proses dalaman parti itu untuk memastikan ketetapan organisasi dipatuhi.
00:09Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Fahmi Fadil berkata, DAP telah memaklumkan lebih awal tentang
00:17penganjuran Kongres berkenaan.
00:22Bercakap kepada media selepas merasmikan program penyatuan seni dan budaya di KL Gateway Mall pada Sabtu, Fahmi menambah fokus utama
00:30kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah memperkukuh ekonomi negara dan mempertingkat reformasi institusi.
00:37Ia termasuk usaha menggubal rang undang-undang RUU berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta RUU mengenai penghantan
00:47tempoh jawatan Perdana Menteri yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin.
00:53Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loc berkata Kongres itu akan memberi ruang kepada perwakilan menentukan sama ada pemegang jawatan
01:02parti perlu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan.
01:05Beliau turut memaklumkan bahawa 40 ahli parlimen parti itu akan terus menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
01:13sehingga tamat penggal.
Comments

Recommended