Skip to playerSkip to main content
  • 23 minutes ago
Dua warga Singapura termasuk artis sambilan dihadapkan ke Mahkamah Johor Bahru atas pertuduhan bertengkar di balai polis pada Ahad lalu.
Transcript
00:00Terusnya, dua warga Singapura termasuk artis sambilan dihadapkan ke Mahkamah Johor Bahru atas pertuduhan bertengkar di Balai Polis Larkin pada Ahad Pas.
00:09Tertuduh P. Suresh yang berusia 46 tahun membuat pengakuan bersalah, manakala Chua Chin Heng berusia 56 tahun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Magistret A. Sharmini.
00:22Mengikut kertas pertuduhan kedua mereka secara bersama-sama berkelakuan tidak senonoh dengan bertengkar di kawasan Balai Polis pada 21 Disember lalu lebih kurang jam 6.15 minit petang.
00:35Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanon yang sama.
00:41Dalam mahkamah sama, Chin Heng bersama istrinya Lo Su Peng dan anak mereka Axel Chua Kai Jun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Suresh di sebuah pusat membeli belah di Jalan Serigala, Johor Bahru pada hari yang sama lebih kurang jam 5.17 minit petang.
00:57Dalam prosedur mahkamah berlainan, Suresh mengaku bersalah di hadapan Magistret Nabilah Nizam atas pertuduhan mencederakan Chin Heng di lokasi dan masa yang sama.
01:06Mahkamah menjatuhkan denda RM1,900 kepada Suresh.
01:09Mahkamah turut membenarkan Chin Heng, isteri dan anaknya diikat jamin keseluruhan RM19,000 dengan seorang penjamin.
01:1727 Januari ditetapkan bagi tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended