Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kunjungan hormat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi, pada Selasa, memperkukuhkan hubungan dua hala serta mencerminkan semangat saling menghormati antara kedua-dua negara.
Transcript
00:00Kunjungan hormat yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Presiden Ameriah Arab Bersatu UAE,
00:07Syekh Muhammad Zaid Al-Nayan di Abu Dhabi pada selasa memperkukuhkan hubungan dua hala
00:12serta mencerminkan semangat saling menghormati antara kedua-dua negara.
00:17Sri Paduka Baginda bertitah perjumpaan hampir sejam di Istana Kasar Al-Bah Abu Dhabi
00:24itu turut membentuk landasan kerjasama yang lebih strategik dan berpandangan jauh antara Malaysia dan UAE.
00:31Selain itu, Sultan Ibrahim bertitah pertemuan empat mata dengan Syekh Muhammad turut membincangkan kerjasama
00:37dalam bidang ekonomi, pelaburan dan keterjaminan makanan.
00:41Titah Sri Paduka Baginda, kedua pemimpin juga berkongsi pelbagai perkara lain
00:47termasuk usaha mengeratkan lagi kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan.
00:53Baginda bertitah menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
01:00Kunjungan hormat yang dipertuan agung ke atas Syekh Muhammad Sultan Ibrahim
01:04yang juga pemerintah Abu Dhabi itu diadakan bersempena lawatan khas Sri Paduka Baginda ke UAE
01:10yang bermula selasa atas jemputan khas daripada Presiden UAE itu.
01:15Terima kasih.
01:17Terima kasih.
01:18Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended