Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Data PSA menunjukkan kadar kelahiran kasar Filipina ialah 12 bagi setiap 1,000 penduduk dengan 1.35 juta bayi lahir hidup pada 2024, menurun 22.1% berbanding 2015.
Transcript
00:00Filipina mencatatkan sebanyak 1.35 juta bayi lahir hidup pada 2024 yang diterjemahkan kepada kadar kelahiran kasar CBR sebanyak 12 kelahiran bagi setiap seribu penduduk.
00:13Berdasarkan data terbaru pihak berkuasa statistik Filipina, dalam tempoh sedekat lepas, pendaftaran lahir hidup merosot sebanyak 22.1% daripada 1.74 juta pada 2015 kepada 1.35 juta pada 2024.
00:29Agensi itu turut menyatakan bahawa penurunan sebanyak 6.2% diperhatikan pada 2024 berbanding 1.44 juta pendaftaran lahir hidup yang direkodkan pada 2023.
00:42Data menunjukkan jumlah bayi lelaki yang dilahirkan adalah lebih ramai berbanding bayi perempuan sepanjang tahun berkenaan.
00:49Kelahiran bayi lelaki berjumlah 705,714 menangkumi 51.9% daripada keseluruhan pendaftaran lahir hidup manakala bayi perempuan seramai 653,275 atau 48.1%.
01:06Ini menghasilkan ispa jantina semasa kelahiran iaitu 108 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended