Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang rampas minuman keras tidak bercukai bernilai RM464,000, dua suspek ditahan bersama lori bonded dan dua Toyota Avanza.
00:00Pasukan Polis Marin PPM Pelabuhan Kelang telah mematahkan cubaan memindahkan minuman keras tidak bercukai
00:07bernilai lebih RM464,000 dalam serbuan Op Taring Landai di Taman Bayu Umas pada Selasa.
00:15Pemangku Komanda PPM Wilayah 1 Superintenden Fakarudin Amir Sanusi berkata,
00:20serbuan dilakukan selepas anggota risik mengesan lori bondad yang dijadikan tempat penyimpanan minuman keras.
00:26Menurutnya, pematian selama 15 minit mendapati dua Toyota Avanza sedang membawa masuk minuman keras dari lori tersebut.
00:35PPM telah menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis minuman keras bernilai lebih RM464,000.
00:42Kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke PPM Pelabuhan Kelang untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959 Palang 63.
00:54Menurut Fakarudin, minuman keras itu dipercayai untuk pasaran Lembah Kelang sempena perayaan Krismas.
01:02Beliau menegaskan PPM akan terus mempergiat rondaan dan operasi bagi memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan minuman keras tidak bercukai di kawasan Pantai Timur dan Lembah Kelang.
Be the first to comment