Reformasi Kesihatan MADANI digerakkan melalui lima Kluster Strategik bagi memperkukuh perkhidmatan serta membina persekitaran kerja yang adil untuk petugas kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
00:00Reformasi kesihatan madani digerakkan melalui lima kluster strategik bagi memperkukuh perkhidmatan serta membina persekitaran kerja yang adil untuk petugas kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad.
00:14Menyoroti tempoh dua tahun pelaksanaan reformasi, beliau berkata langkah ini merupakan pembentulan asas untuk memastikan sistem kesihatan negara benar-benar bersedia menghadapi masa depan, berfokus pada masa depan dan tahan lasak terhadap cabaran masa depan.
00:32Ia susulan pelbagai cabaran struktur termasuk pembiayaan kesihatan, kesesakan fasiliti, beban penyakit tidak berjangkit NCDS serta keletihan tenaga kerja yang berlarutan sejak sekian lama.
00:45Zulkifli berkata kluster pertama melibatkan reformasi institusi dan tabir urus dengan tumpuan memperkemas ekosistem Kementerian Kesihatan KKM agar lebih fokus, jelas fungsi dan bertanggungjawab.
00:57Bagi kluster kedua iaitu reformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan, beliau berkata KKM sedang mengubah cara perkhidmatan disampaikan dengan mengoptimumkan kapasiti sedia ada dan memodernkan fasiliti.
01:10Kluster ketiga melibatkan reformasi sumber manusia kesihatan dengan KKM melaksanakan pembetulan struktur termasuk pindaan Akta Perubatan 1971 serta pelaksanaan lantikan tetap terbesar dalam sejarah terkini sektor kesihatan.
01:24Bagi kluster keempat iaitu reformasi pembiayaan kesihatan, Zulkifli berkata matlamatnya adalah menjamin kelangsungan fiskal sistem kesihatan awam sambil memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti dan adil untuk semua.
01:39Kluster kelima pula melibatkan reformasi kesihatan awam, keselamatan dan pencegahan.
01:46KKM mengambil pendekatan lebih tegas terhadap faktor risiko utama seperti pengambilan gula berlebihan, rokok dan gaya hidup sedentari.
01:53Melangkah ke tahun 2026, Zulkifli berkata fokus KKM tertumpu kepada pengurusan bakat berasaskan data dan empati, usaha mengurangkan kesesakan mengoptimamkan aset sediada serta pengukuhan kesihatan awam melalui pendigitalan menyeluruh.
Be the first to comment