Ketua Turus Tentera Libya, Allahyarham Mohammed Ali Ahmed Al-Haddad, disahkan maut dalam nahas pesawat pada Selasa ketika dalam perjalanan pulang dari ibu negara Turkiye, Ankara, menurut Perdana Menteri Libya bagi kerajaan yang diiktiraf antarabangsa, Abdulhamid Dbeibah.
00:00Ketua Turus Tentera Libya Mohd Ali Ahmed Al-Hadad disahkan maut dalam nahas pesawat ketika dalam perjalanan pulang dari ibu negara Turki, Ankara.
00:17Perkara itu disahkan Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Bebah pada selasa.
00:21Dalam suatu kenyataan, Debi Bah berkata insiden itu berlaku ketika Mohd Ali dan rombongannya dalam penerbangan pulang daripada lawatan rasmi ke Ankara.
00:33Beliau menyifatkan tragedi berkenaan sebagai satu kekhilangan besar kepada negara, institusi ketenteraan dan seluruh rakyat Libya.
00:39Menurut beliau, empat individu lain turut berada dalam pesawat berkenaan iaitu Panglima Angkatan Darat Libya, pengarah pihak berkuasa pembuatan ketenteraan, seorang penasihat kepada Ketua Turus Tentera dan seorang jurugambar dari Pejabat Ketua Turus.
00:54Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Turki, Ali Yerlikaya, maklumkan pesawat itu berlepas dari lapangan terbang SN Boga, Ankara pada jam 5.10 minit petang waktu tempatan menuju ke Tripoli.
01:05Bagaimanapun, hubungan radio dengan pesawat berkenaan terputus kira-kira 42 minit kemudian.
01:12Beliau berkata pihak berkuasa Turki kemudiannya menemui serpihan pesawat berhampiran kampung Kesikavak di daerah Haimana, Ankara.
01:19Pesawat jenis Dasok Falcon 50 itu dilaporkan telah membuat permohonan untuk pendaratan kecemasan ketika berada di ruang udara Haimana, namun hubungan komunikasi gagal diwujudkan selepas itu.
01:31Setakat ini, punca sebenar nahas masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan.
01:39Kementerian Pertahanan Turki sebelum ini mengumumkan lawatan rasmi Mama Ali ke Ankara yang menyaksikan beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Turki, Yasa Gulir, serta beberapa pegawai kanan ketenteraan negara itu.
Be the first to comment