Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
KPDN Kelantan merekodkan rampasan RM4.7 juta hasil 98,842 pemeriksaan dengan 1,355 kes, termasuk penyelewengan bahan api dan barangan kawalan bersubsidi.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarih Hidup KPDN Kelantan merekodkan nilai rampasan hampir RM47 juta menerusi penguatkuasaan di seluruh negeri sepanjang tahun ini.
00:13Menurut pengarahnya Azman Ismail, sebanyak 98,842 pemeriksaan dilakukan dengan 1,355 kes pelbagai kesalahan direkodkan dan 220 tangkapan.
00:26Selain 37 kes telah dituduh di mahkamah melibatkan denda berjumlah RM216,000 selain kompaun RM800,050 dikenakan.
00:37Jelasnya lagi bagi kes penyelewengan bahan api sebanyak 89,280.61 litre petrol bernilai RM193,544.83 dirampas selain 35,598 litre diesel bernilai RM93,679.29.
00:55Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran skim harga maksimum musim perayaan Krismas 2025 pada Selasa.
01:02Azman berkata KPDN Kelantan telah menyita barangan kawalan bersubsidi iaitu minyak masak 42,562 kg, gula 6,656 kg dan tepung gandum 3,974.20 kg serta gas petroleum cacair 2,332 kg.
01:21Beliau mengatkan perniagaan supaya sentiasa mematuhi undang-undang manakala orang awam digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan salah laku perniagaan kepada KPDN.
01:29Sementara itu, sempat dan sambutan Krismas, Azman berkata, 32 pasaraya di seluruh negeri menyertai program jualan rahmah madani selain 43 pasaraya menyertai PJRM kembali ke sekolah sebagai inisiatif membantu ibu bapa membuat persiapan persekolahan.
01:43Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended