Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
KPDN Kedah merekodkan 1,071 kes dengan kompaun RM867,350 dan rampasan RM3.8 juta melalui Ops Tiris serta pemeriksaan lebih 110,000 premis sepanjang tahun ini.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup Kedah merekodkan 1,071 kes melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM867,350 bagi tempoh 1 Januari hingga 21 Desember tahun ini.
00:18Pengarah KPDN Negeri Muhammad Nizam Jamaluddin berkata pihaknya turut melakukan pemeriksaan ke atas RM110,252 premis di seluruh negeri sepanjang tempoh berkenaan.
00:33Beliau berkata pemeriksaan ke atas 1,202 stesen minyak juga telah dilakukan selepas pelaksanaan skim kawalan petro bersubsidi bermula 3 September hingga ahad lepas.
00:42Jelasnya lagi bagi Ops Tiris 2025 pula sebanyak 207 pemeriksaan dibuat sejak 1 Januari tahun ini dan 122 tindakan diambil dengan nilai rampasan keseluruhan dianggap berjumlah RM3.8 juta.
00:55Beliau berkata demikian selepas pelancaran skim harga maksimum musim perayaan Christmas 2025 pada Selasa.
01:00Muhammad Nizam berkata sebanyak 1,550 aduan diterima sepanjang tahun ini membabitkan pelbagai kategori antaranya harga barangan dengan 470 aduan, barang kawalan 236 dan transaksi dalam talian 302.
01:13Sementara itu beliau berkata sebanyak 969 syarikat dan 1,227 kenderaan telah mendaftar menerusi SKPS di negeri ini bagi tempoh 15 September hingga Selasa.
01:23Dalam perkembangan berasingan, Muhammad Nizam berkata sembilan jenis perangan disenaraikan sebagai barang kawalan sepanjang pelaksanaan SHMMP Christmas di Kedah berkuat kuasa hari ini hingga 27 Desember ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended