Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kemayang, Bachok, petang Selasa.
Transcript
00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun di Kuatiri Lemas ketika mandi di Pantai Kemayang Bacuk pada petang selasa.
00:08Ketua Balai Bomber dan Penyelamat BBP Bacuk, Ahmad Ridwan Muhammad Ghazali berkata,
00:14mangsa dikenali sebagai Muhammad Irfan Muhammad Afrendi.
00:19Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.15 minit malam sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi.
00:26Jentera Bomber tiba pada 7.25 minit malam dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di kawasan berkenaan.
00:34Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan dengan anggota melaksanakan pencarian di permukaan air di sekitar pesisir pantai bagi mengesan kanak-kanak berkenaan.
00:42Ahmad Ridwan berkata pasukan penyelamat di air daripada BBP Pengkaran Cepa turut digerakkan bagi membantu operasi berkenaan.
00:50Katanya setakat ini operasi masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
00:56Sementara itu seorang saksi Suzilawati Nur Rashid 24 tahun berkata ketika kejadian mangsa mandi bersama dua adiknya Muhammad Harid Firdaus 12 tahun dan Nur Aira Damia 4 tahun.
01:07Beliau berkata keadaan ombak yang semakin kuat dan berangin menyebabkan mereka yang berada di pantai mula naik ke darat.
01:13Jelasnya mangsa berada di bahagian belakang dan sedang menuju ke darat namun ombak kuat tiba-tiba menariknya ke belakang.
01:20Difahamkan seorang pengunjung cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal kerana terdapat batu di tebing dan tidak dapat mencapai tangannya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended