Kerajaan Johor menasihatkan penduduk di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi agar peka dengan amaran hujan berterusan dari Jumaat hingga Isnin serta patuhi arahan pihak berkuasa.
00:00Kerajaan Negeri Johor menasihatkan seluruh penduduk terutama di empat daerah segamat, Keluang, Mersing dan Kota Tinggi untuk sentiasa berwaspada dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
00:17Menurut Menteri Besarnya Datuk On Hafiz Ghazi, ini berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia, MED Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka berlaku bermula Jumaat ini hingga Isnin minggu hadapan.
00:32Ujarnya dalam satu kenyataan, Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan akan terus memantau situasi ini secara rapi selain berada dalam keadaan siap-siaga bagi memastikan keselamatan serta kebajikan bangsa Johor sentiasa terpelihara.
00:48Beliau juga menyeru rakyat negeri untuk bersama-sama berdoa agar Johor terus dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah serta dipemudahkan segala urusan sepanjang tempoh cuaca tidak menentu.
Be the first to comment