Penilaian prestasi dalam perkhidmatan awam perlu dilaksanakan secara adil, berintegriti dan menyeluruh, khususnyaa apabila membabitkan pegawai berpengalaman yang telah lama berkhidmat, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
00:00Penilaian prestasi dalam perkhidmatan awam perlu dilaksanakan secara adil, berintegriti dan menyeluruh, khususnya apabila membabitkan pegawai berpengalaman yang telah lama berkhidmat.
00:12Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam, QPEX, Datuk Dr. Adnan Mat,
00:19Walaupun QPEX menyambut baik usaha penambahbaikan sistem perkhidmatan awam yang memberi penekanan kepada prestasi sebagai elemen utama penilaian, sumbangan pegawai lama tidak wajar dinilai semata-mata berdasarkan hasil kerja semasa.
00:34Beliau berkata pegawai berpengalaman merupakan aset penting kepada perkhidmatan awam kerana sumbangan mereka merangkumi pengalaman, kepakaran, komitmen, kestabilan organisasi dan peranan dalam membimbing pegawai baharu.
00:50Jelasnya semua aspek itu wajar diambil kira secara seimbang dalam proses penilaian prestasi agar ia benar-benar mencerminkan sumbangan sebenar seseorang pegawai kepada organisasi dan perkhidmatan awam.
01:01Adnan berkata pegawai penilai memikul amanah dan tanggungjawab besar untuk melaksanakan penilaian prestasi secara objektif, telus dan bebas daripada sebarang unsur pilih kasi.
01:11Beliau berkata penilaian hendaklah dibuat berdasarkan merit sebenar, prestasi keseluruhan, sikap profesional, pengalaman serta sumbangan berterusan pegawai kepada organisasi dan perkhidmatan awam.
01:22QPEX katanya berpandangan sistem penilaian yang adil dan menyeluruh mampu meningkatkan kejakinan penjawat awam, memumpuk motivasi kerja yang sihat dan memastikan keadilan kepada semua lapisan pegawai tanpa mengira tempoh perkhidmatan.
01:35Beliau berkata QPEX akan terus memantau pelaksanaan sistem penilaian prestasi bagi memastikan ia benar-benar menghargai sumbangan pegawai berpengalaman dan menyokong usul memperkasa perkhidmatan awam demi kepentingan negara dan rakyat.
Be the first to comment