Enam perusahaan terbabit turut dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan dan diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi bertulis selepas menerima Keputusan Cadangan.
00:00Enam perusahaan berdepan penalti keuangan selepas ruang jaya persaingan Malaysia, MyCC mengeluarkan keputusan cadangan berhubung penglibatan dalam Kartel Tipuan Bida melibatkan perolehan Jabatan Penjara Keluang.
00:16Pengerusi MyCC Tan Sri Idrus Harun berkata, kes berkenaan melibatkan 16 sebut harga dan 1 tender dengan nilai perolehan antara RM30,000 hingga RM3,000,000. Ia membabitkan jumlah keseluruhan RM7,3,000,000.
00:33Menurut Idrus, perusahaan-perusahaan tersebut dapati telah melanggar Seksyen 4-2-D Akta Persaingan 2010, Akta 712 secara berperingkat melibatkan aktiviti Kartel Tipuan Bida melalui pertukaran maklumat dan penyerasan penyerahan tender dan bidaan oleh pihak yang sama.
00:55MyCC mendapati perjanjian sebegian mempunyai objektif untuk menghalang, menyekat atau mengekang persaingan secara ketara berhubung dengan perolehan awam di Jabatan Penjara Keluang.
01:07Bagaimanapun, MyCC menegaskan keputusan cadangan tersebut adalah dapatan awal dan ia tidak boleh dianggap perusahaan-perusahaan ini telah melanggar Akta 712 secara konklusif.
01:19Idrus menambah enam perusahaan terbabit turut dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan dan diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi bertulis selepas menerima keputusan cadangan.
01:34Pihak berkenaan akan diberi peluang membentangkan representasi lisan di hadapan Suranjaya pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
01:41MyCC hanya akan mengeluarkan keputusan akhir selepas semua representasi dipertimbangkan bersama bukti yang diperoleh sepanjang siasatan.
Be the first to comment