00:00Keputusan berkaitan titah adenda membabitkan bekas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak
00:09sama ada dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah
00:13akan diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Alice Lok hari ini.
00:21Sebagai pengurusi ASEAN, hari ini Malaysia menganjurkan mesyuarat khas Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur
00:27bagi membincangkan perkembangan terkini hubungan Kemboja dan Thailand.
00:31Mesyuarat diadakan susulan persetujuan tiga hala melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Kemboja dan Thailand yang dicapai 11 Disember lalu.
00:41Banjir di Kemaman, Terengganu pulih sepenuhnya selepas satu-satunya PPFs iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentop
00:48yang menempatkan 571 mangsa daripada 155 keluarga ditutup semalam.
00:57Terima kasih kerana menonton!