Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Kestabilan politik akan memberi ruang kepada kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan pelan pembangunan Sabah Mju Jaya (SMJ), termasuk fasa SMJ 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Transcript
00:00Kerjasama dan sokongan barisan nasional BN terhadap kepimpinan kerajaan Sabah disifatkan sebagai langkah positif yang mampu mengungkuhkan lagi kedudukan gabungan rakyat Sabah GRS menjelang pilihan rakyat umum ke-16 PRU-16.
00:14Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kesepahaman politik antara komponen kerajaan amat penting bagi memastikan kestabilan berterusan demi kepentingan rakyat.
00:29dan pembangunan negeri.
00:33Nizam yang juga Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah berkata kestabilan politik akan memberi ruang kepada kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan Plan Pembangunan Sabah Maju Jaya atau SMJ termasuk fasa SMJ 20-0 bagi tempoh 2026 hingga 2030.
00:50Demi kepentingan rakyat dan kestabilan di Sabah ini, kita memang mengalung-alungkanlah mereka memberi sokongan kepada kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Pernama Haji Jaya.
01:05Kerana sebenarnya Sabah ini adalah Sabah yang ingin bergerak maju ke hadapan. Kita tidak mahu lagi kesidapan-kesidapan lalu, perpecahan, pertelingkahan akan merencatkan apa juga halatuju dan agenda-agenda untuk memajukan negeri dan rakyat Sabah.
01:28Katanya, meskipun wujud episod perbezaan pandangan sebelum ini, keutamaan kini adalah untuk memastikan Sabah terus bergerak maju tanpa dibelenggu perpecahan politik yang boleh merencatkan agenda pembangunan.
01:41Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman, Batu 3, Jalan Apas Tawau pada Sabtu.
Comments

Recommended