00:00Malam ini akan ke udara episod pertama Mualim Muda di saluran Astro Wasis dan Astro Prima.
00:07Antara lain, Mualim Muda bukan sekadar pertandingan tetapi platform untuk mencungkil bakat kepimpinan agama dalam kalangan belia,
00:14mendidik masyarakat melalui pendekatan dakwah kontemporari serta melahirkan ikon muda Islam yang dihormati oleh generasi baharu.
00:22Setiap minggu, peserta berdepan tugasan yang mencerminkan isu semasa sambil menyampaikan dakwah dengan cara yang kreatif, segar dan relevan kepada generasi masa kini.
00:32Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Dato' Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga selebriti Nilofa sebagai juri.
00:41Manakala Ustaz Syahrizan Daud bertindak sebagai mursyid atau pengetua bertanggungjawab membimbing serta memberi motivasi kepada peserta.
00:49Gandingan selebriti pencetus umah Haris Ismail Piuriz dan juga penyanyi Nasheed Fakrul UNIC pula bakal mengembudi pentas sebagai host.
00:59Nantikan Mualim Muda 9 malam ini bersiaran serentak di Astro Oasis saluran 106 dan Astro Prima saluran 105 serta turut boleh di-stream secara on demand di Astro Go dan Suka.
Comments