00:00Sudan sekali lagi diletakkan di kedudukan teratas dalam senarai pemantauan kecemasan tahunan jawatankuasa penyelamat antarabangsa IRC.
00:08Sudan berada di tempat pertama untuk tahun ketiga berturut-turut diikuti semenanjung Gaza dan Tebing Barat serta Sudan Selatan.
00:16IRC mengenalpasti 20 negara paling berisiko menyaksikan keadaan kemanusiaan semakin merosot pada tahun-tahun mendatang.
00:24Perang saudara di Sudan yang tercetus pada April 2023 masih ditandai keganasan tanpa prospek jelas untuk konflik itu reda sekaligus dianggap selamat.
00:35Pelaksanaan kepungan menyekat bandar daripada menerima bantuan kemanusiaan manakala pertempuran antara pasukan sokongan pantas dan angkatan tentera Sudan berisiko merebak ke kawasan lain.
00:46Menurut IRC, jutaan penduduk Sudan kini terdedah kepada keganasan melampau, kebuluran dan penyakit.
00:54Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menyifatkan konflik ini sebagai krisis kemanusiaan terbesar di dunia dengan kira-kira 12 juta orang kehilangan tempat tinggal.
01:04Presiden IRC David Miliband memberi amaran bahawa tanpa tindakan segera, 2026 berisiko menjadi tahun paling berbahaya setakat ini.
Comments