Skip to playerSkip to main content
Anda yang suka makanan Thai, wajib cuba buat Thai Spicy Chicken Salad ni. Ada rasa masam, pedas, manis dan rangup yang seimbang. Simple tapi power!

THAI SPICY CHICKEN SALAD

Bahan-bahan:

350gm dada ayam
½ cawan tepung ayam goreng | dibancuh dengan air
½ cawan tepung ayam goreng kering
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar cili flakes
2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 ½ sudu besar thai palm sugar
¼ sudu kecil garam
1 genggan daun ketumbar
2 biji bawang merah | hiris nipis
2-3 sudu besar beras | dicuci & dikeringkan

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #thaispicychickensalad #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kalau nak makan yang simple-simple je hari ni, jom kita buat Thai Spassy Chicken Salad.
00:04Menu ringkas tapi rasa dia pedas, masam, rangup dan fresh you all.
00:09Mula-mula kita sangat beras tanpa minyak hingga keperangan.
00:12Lepas tu kita tumbuk halus dan ketepikan.
00:14Kita ambil dada ayam, celupkan ke dalam tepung ayam goreng yang telah kita bangco dengan air.
00:19Lepas tu salut pula dengan tepung ayam goreng kering.
00:22Kalau ayam tu besar sangat, anda boleh potong kepada dua.
00:24Perapkanlah dalam lebih kurang 15 minit supaya salutan melekat cantik dan lebih rangup bila digoreng.
00:29Goreng ayam sampai perang keemasan dan garing.
00:32Balik-balikkanlah ayam supaya masak sekata.
00:35Lepas tu boleh angkat dan ketepikan.
00:37Sekarang kita satukan bahan-bahan salad yang lain.
00:40Masukkan sos ikan, chili flakes, jus limau nipis yang segar,
00:44Thai palm sugar kalau tak ada boleh guna gula melaka,
00:46sedikit garam, bawang merah yang telah dihiris dan daun ketumbar.
00:50Potongkan ayam goreng tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
00:52Seterusnya masukkan beras yang telah kita sangai dan tumbuk tadi.
00:55Sebuk beras sangai ni bagi rasa nanti dan buat salad jadi lebih autentik.
00:59gaulah semua bahan sampai sebati.
01:01Ok, dah siap Thai spasi chicken salad kita rangup pedas masam dan penuh aroma.
01:06Selamat mencuba.
01:07Ingat makan, ingat rasa.
Comments

Recommended