Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa MALAKOFF, Jalan Tanjung Bin, Kukup, Pontian Johor.
00:00Baik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan meneluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran di loji jana kuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bim, Kukup, Pontian Johor.
00:13Fadilah dalam satu kenyataan menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKKP dan Polis Diraja Malaysia PDRM dengan kerjasama Suranjaya Tenaga serta agensi teknikal yang terlibat mengenalpasti punca sebenar kejadian.
00:30Menurutnya, sebarang unsur kecuaian, kegagalan pematuhan prosedur operasi standar SOP atau kelemahan aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan mesti diambil tindakan sewajarnya.
00:44Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut mengarahkan supaya pihak pengurusan loji dan kontrak terlibat memberikan kerjasama penuh dalam siasatan.
00:55Selain memastikan semua SOP keselamatan, penyelenggaraan peralatan dan pengurusan risiko dipatuhi sepenuhnya bagi mengelak tragedi seumpama ini daripada berulang.
01:08Fadilah berkata keselamatan dan kebajikan pekerja dalam sektor tenaga sentiasa menjadi keutamaan kementeriannya dan setiap nyawa adalah amat berharga.
01:18Dalam kenyataan itu, beliau turut menzahirkan ucapan takziah terhadap dua mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.
Be the first to comment