Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengesahkan peningkatan simpanan nuklear negara itu bagi memperkukuh keupayaan pencegahan, serta membuka kerjasama latihan perang nuklear dengan beberapa negara Eropah termasuk Jerman, Poland, Belanda, Belgium dan Denmark.
Transcript
00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perancis akan meningkatkan saiz simpanan nuklernya.
00:07Menurut Macron, keputusan ini adalah bagi memperkukuh keupayaan pencegahan negara itu,
00:12susulan risiko konflik global yang semakin menghampiri ambang penggunaan senjata nuklear.
00:56Sementara itu, Macron turut memaklumkan satu perubahan.
01:00besar bakal diperkenalkan melalui kerjasama lebih erat dengan negara-negara Eropah yang berminat, termasuk Jerman.
01:06Jelasnya kerjasama tersebut akan diterjemahkan menerusi latihan perang nuklear bersama negara sekutu,
01:13termasuk Jerman, Poland, Belanda, Belgium dan Denmark.
01:17Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan serangan nuklear
01:21tetap menjadi kuasa mutlak Presiden Perancis.
01:25Menurut beliau lagi, walaupun Perancis dan Britain memiliki senjata nuklear,
01:29majoriti negara Eropah masih bergantung kepada Amerika Syarikat
01:33sebagai payung pencegahan utama terhadap sebarang ancaman.
Comments

Recommended