00:00Sementara itu, Malakoff Corporation Berhad Malakoff akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan punca sebenar insiden krain runtuh yang berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan JT Kompleks Tanjung Bin di Pontian Johor pada Sabtu.
00:15Kenyataan syarikat itu memalumkan insiden tersebut berlaku pada kira-kira 12 tengah hari dan pasukan respons kecemasan ERT Logi segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
00:25Sesudahan insiden itu, dua pekerja kontraktor terbabit telah meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dan dimasukkan ke hospital.
00:33Malakoff turut memalumkan kawasan terjejas telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga yang siasatan akan dimulakan sebaik sahaja operasi menyelamat selesai sepenuhnya.
00:42Keselamatan dan kesejahteraan semua kakitangan yang terlibat kekal sebagai keutamaan tertinggi syarikat berkenaan.
00:48Malakoff memalumkan bahawa operasi di Logi Jana Kuasa Tanjung Bin serta Logi Jana Kuasa Tenaga Tanjung Bin akan diteruskan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden tersebut.
00:59Syarikat itu juga memalumkan pihaknya akan memberikan maklumat lanjut jika terdapat sebarang perkembangan penting.
Be the first to comment