Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kejadian kira-kira jam 1 petang itu, sebuah kren dipercayai runtuh ketika operasi mengangkat arang batu sebelum menghempap tiga lelaki dewasa warga tempatan yang berada di kawasan berkenaan.
Transcript
00:00Dua pekerja maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat aram batu di Jalan Tanjung Bin Kukub, Pontian Johor pada Sabtu.
00:11Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Al-Farid Ahmad, 19 tahun dan Muhammad Amaluddin Hisamuddin, 22 tahun.
00:17Komander Operasi dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Pontian Baru, Muhammad Nazri Ahmad Syahidun berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, sebuah kren dipercayai runtuh ketika operasi mengangkat aram batu sebelum menghempap tiga lelaki dewasa warga tempatan yang berada di kawasan berkenaan.
00:35Runtuhan kren turut menyebabkan kebakaran kecil di kawasan loji jana kuasa itu. Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:43Sementara itu, seorang mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan sedar dengan kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Pontian.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended