00:00Kerajaan akan terus memastikan stok petrolium negara berada pada tahap yang selamat dan mencukupi bagi tempoh Julai hingga Disember 2026.
00:09Menurut Kementerian Ekonomi, sehingga Jun 2026, bekalan minyak dan bahan api negara kekal dalam keadaan terkawal dan mencukupi untuk memenuhi
00:19keperluan domestik,
00:20susulan tindakan proaktif kerajaan yang dilaksanakan secara berfasa sejak berlaku gangguan di Slat Hormuz bermula 28 Februari lalu.
00:32Katanya harga minyak mentah brand yang mencecah paras tertinggi 144.50 USD setong pada awal April 2026 telah menyusut kepada
00:4299.29 USD setong bagi tempoh 1 hingga 5 Jun 2026,
00:49mencerminkan sentimen pasaran yang semakin positif berikutan perkembangan rundingan damai.
00:54Bagaimanapun kerajaan tidak memandang ringan situasi ini, memandangkan kekangan bekalan fizikal dan susutan inventori global masih wujud.
01:03Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen sebagai menjawab soalan Datuk Sri
01:13Hamzah Zainuddin PN Larut
01:14mengenai status semasa keterjaminan bekalan minyak dan bahan api negara pagi tempoh Julai 2026 hingga Disember 2026 termasuk unjuran stok
01:24petroleum negara dan langkah mitigasi kerajaan susulan konflik geopolitik global.
01:29Kementerian Ekonomi memaklumkan sepanjang tempoh krisis, kerajaan komited untuk memastikan bekalan asas mencukupi harga kekal terkawal dan rakyat terlindung daripada
01:41kesan ketidaktentuan pasaran global.
01:43Tambahnya keterjaminan bekalan dijamin melalui gabungan tiga pendekatan utama iaitu keperlebagaian sumber import, pengoptimuman pengeluaran domestik melalui biodiesel
01:53serta perjanjian bekalan jangka panjang yang telah dimeterai.
01:57Pendekatan pelbagai lapisan ini memberikan Malaysia fleksibiliti dan ketahanan yang tinggi.
Comments