00:00Majlis Media Malaysia MMM menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim
00:05supaya aduan melibatkan wartawan daripada organisasi media yang diitiraf perlu dirujuk kepada majlis itu terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut.
00:15Majlis itu dalam satu kenyataan memaklumkan langkah itu mencerminkan keyakinan terhadap perananya
00:20sebagai badan kawal selia kendiri yang bebas bagi industri media negara.
00:28Jelasnya MMM melihat kenyataan ini sebagai pengicaraan penting terhadap peranan majlis sebagai badan kawal selia kendiri yang bebas untuk industri
00:36media
00:37selaras dengan mandat MMM untuk memperkukuh kebebasan media, meningkatkan pihawayan kewartawanan,
00:44menggalakkan etika media yang bertanggungjawab serta menyediakan mekanisme aduan yang adil, bebas dan berasaskan proses yang jelas.
00:51Menurut MMM, sebagai sebuah institusi kawal selia kendiri, MMM bukan bertujuan menggantikan peranan undang-undang
00:58atau agensi penguatkuasaan, sebaliknya wartawan dan organisasi media tetap tertakluk kepada undang-undang negara.
01:05Bagaimanapun dalam hal berkaitan amalan kewartawanan, tindakan terhadap wartawan tidak wajar dibuat secara automatik
01:11hanya kerana terdapat aduan daripada mana-mana pihak.
01:15Menjelaskan mekanisme aduan itu, MMM berkata, orang awam organisasi mahupun pihak berkuasa
01:20boleh mengemukakan aduan kepada majlis untuk disemak terlebih dahulu oleh Sekretariat bagi memastikan ia berada dalam bidang kuasa MMM.
01:29Aduan sedemikian perlu melalui proses semakan yang memahami konteks kerja kewartawanan,
01:34peranan media dalam demokrasi serta tanggungjawab media kepada orang awam.
01:38Sekiranya bersesuaian, MMM akan merujuk perkara berkenaan kepada organisasi media terbabit
01:44untuk mendapatkan penjelasan atau tindakan pembetulan.
01:48Jika gagal diselesaikan pada peringkat awal, perkara itu akan dinilai lanjut berdasarkan kod tatalaku majlis
01:54serta prinsip kewartawanan.
01:57MMM turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan, parlimen, organisasi media, masyarakat sivil dan orang awam
02:04bagi memastikan pendekatan itu dilaksanakan secara berkesan, bebas dan selaras dengan kepentingan demokrasi.
Comments