Skip to playerSkip to main content
  • 23 minutes ago
Masjid Jamik Al Mabrur di Samalanga runtuh dihanyutkan banjir besar, manakala enam sekolah pondok turut rosak teruk dan penduduk masih bergelut pascabanjir.
Transcript
00:00Masjid Jami Al-Mabrur di Samalangga, Biruan Aceh yang terletak berhampiran sungai Kurang Samalangga runtuh pada 26 November lalu
00:09selepas banjir besar melanda sebahagian wilayah Aceh.
00:13Tinjauan Isru Awani mendapati kubah merah masjid berdiameter 10 meter turut terseret hampir 500 meter dari lokasi asal.
00:21Di sekitar kawasan sama, mangsa bencana dilihat mengambil air sungai untuk membasuh pakaian ekoran ketiadaan kemudian asas pasca banjir.
00:32Ada juga penduduk memotong kayu balak yang terdampar untuk dijadikan kayu api sebagai keperluan memasak harian.
00:39Walaupun struktur masjid rosak teruk, masih terdapat beberapa individu yang menggunakan bahagian yang selamat untuk menunaikan ibadah.
00:46Samalangga turut dikenali sebagai kota pesantren yang menempatkan pelbagai sekolah pondok di Aceh.
00:51Hasil perbualan dengan penduduk mendapati sekurang-kurangnya enam sekolah pondok terjejas teruk apabila premis dipenuhi lumpuh, peralatan rosak dan sesi pembelajaran terganggu.
01:05Sebahagian sekolah pondok itu dilaporkan turut roboh akibat kekuatan arus banjir yang melanda kawasan tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended