Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan mengenai bentuk pengiktirafan yang dimahukan oleh pihak yang memperjuangkan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), memandangkan sijil tersebut dibenarkan untuk dilaksanakan secara berterusan dalam negara sejak tahun 1975. #DialogTigaPenjuru
00:00Yang sejak daripada ahli politik yang mendesak ataupun mahu supaya UEC ini diiktiraf, persoalan yang besar kepada saya adalah apa maksud periktirafan yang diharapkan?
00:12Apa maksud yang mahu diiktiraf itu? Kerana dari segi sejarahnya, UEC ini memang telah dibenarkan untuk dilaksanakan di negara kita secara berterusan sejak tahun 1975.
00:27Kerajaan telah membenarkan UEC ini dilaksanakan di sekolah-sekolah jenis, di sekolah persendirian China swasta dan tidak ada halangan untuk menggunakan UEC.
00:40Ini ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1975. Maksudnya UEC memang dibenarkan untuk dilaksanakan di negara kita.
00:52Tidak timbul isu yang saya sebut tadi. Mengapa? Pengiktirafan apa lagi yang diperlukan?
00:59Kemudian pada tahun 2012, di saat-saat akhir, Datuk Seri Najib sebagai Menteri Pendidikan sebelum jawatan itu diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin.
01:11Kerajaan juga, Kementerian Pendidikan juga waktu itu telah memberikan apa yang disebut sebagai pelepasan ataupun pengiktirafan separa kepada UEC.
01:22Maksudnya pengiktirafan telahpun pernah berlaku dalam sistem pendidikan kita di mana UEC diiktiraf kerana pada waktu itu kita memerlukan guru-guru bahasa China di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.
01:37Kita tak cukup guru bahasa China.
01:40Dan apabila Kerajaan Pakatan Harapan telah menubuhkan kerajaan di bawah konsep kerajaan perpaduan ini, maka wujudlah pula suara-suara daripada Tuan Menteri China yang menanya-nanya,
01:59kenapa Pakatan Harapan selepas mereka tubuhkan kerajaan, jadi kenapa sijil UEC ini belum diiktiraf lagi.
02:09Jadi sebab itu saya rasa kebelakangan ini, isu ini timbul semula.
02:13Terutamanya apabila, kalau kita lihat dari segi perkembangan politik negara kita, apabila kerajaan perpaduan kita dipimpin oleh Parti Gabungan Politik Pakatan Harapan ini.
02:30Dan saya rasa mungkin Parti DAP dalam Perkataan Harapan telah juga mengetahui bahawa perkara ini akan memberi impak serius kepada populasi mereka,
02:46terutamanya kepada penyampuan-penyampuan mereka dalam kalangan masyarakat China.
02:50Jadi isu ini akan dibangkitkan semula kebelakangan ini.
02:54Ya. Prof, menyokong pengiktirafan UEC?
02:57Kalau saya ditanya dengan soalan yang begitu,
03:04saya rasa bukan sokong ataupun tidak sokong.
03:08Tapi sebenarnya kalau kita lihat apakah, adakah penyampuan UEC ini dapat membantu negara kita?
03:15Bantu negara kita dari segi ekonominya.
03:18Dan kalau wujud isu-isu seperti isu mencabar naratif pemainan negara-negara kita, kita harus lihat bagaimanakah ataupun dengan cara apakah kita boleh menyesuaikan UEC ini dengan sistem pendidikan nasional kita
03:36supaya ia boleh kita itirafkan sebagai sebahagian pada sistem pendidikan nasional kita.
Be the first to comment