Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Hampir 1,000 orang terkorban dan hampir satu juta lagi terpaksa meninggalkan rumah selepas beberapa minggu banjir dan tanah runtuh melanda Sumatera Utara
Transcript
00:00Bertemu kembali, hampir seribu orang terkorban dan hampir satu juta lagi terpaksa meninggalkan rumah
00:07selepas beberapa minggu banjir dan tanah runtuh melanda Sumatera Utara.
00:12Menurut angka yang dikeluarkan pada Ismin oleh Agensi Bencana Indonesia.
00:16Agensi Pengurusan Bencana Nasional BNPB melaporkan 961 kematian,
00:21234 orang hilang dan kira-kira 5,000 cedera di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat setakat Khamis.
00:30Agensi itu turut merekodkan kerosakan ke atas lebih 156,000 rumah.
00:37Sebanyak 52 daerah dan bandar masih terjejas teruk.
00:40Ketua BNPB Suharyanto memaklumkan kepada Presiden Prabowo Subianto pada malam Ahad
00:46bahawa 975,075 orang telah berlindung di pusat pemindahan sementara di tiga wilayah berkenaan.
00:54Aceh merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan lebih 900,000 penduduk dipindahkan menurut BNPB.
01:02Paras banjir mula surut di beberapa daerah pesisir pantai walaupun kawasan luas di Banjaran Tengah masih terputus hubungan kata BNPB.
01:10Presiden Prabowo melawat kawasan terjejas banjir di Aceh pada Ahad.
01:14Beliau kemudian mempengerusikan mesyuarat kecemasan yang dihadiri Menteri Kabinet, Panglima Tentera dan Pegawai Wilayah.
01:21Musim hujan Indonesia yang biasanya memunca antara November dan April sering membawa banjir besar.
01:27Kumpulan alam sekitar dan pakar bencana telah lama memberi amaran bahawa pembalakan perlebihan,
01:32pembangunan tidak terkawal dan lembangan sungai yang semakin terjejas telah meningkatkan risiko terhadap komuniti di Sumatera.
01:39Hujan lebat tambahan diramal di beberapa bahagian pulau itu dalam beberapa hari akan datang menimbulkan kebimbangan terhadap keluarga yang terpaksa berpindah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended