Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kementerian Pendidikan mengumumkan dapatan South East Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2024 menunjukkan generasi pandemik murid tahun 5 2024 terus menunjukkan daya tahan luar biasa, meskipun mengharungi gangguan pembelajaran selama hampir dua tahun akibat Covid-19.
Transcript
00:00Bertemu kembali, dapatan Southeast Asia Primary Learning Matrix atau CPLM 2024 menunjukkan generasi pandemik murid tahun 5 2024 terus menunjukkan daya tahan luar biasa meskipun mengharungi gangguan pembelajaran selama hampir 2 tahun akibat COVID-19.
00:18Ketua Pengarah Pendidikan Dr. Muhammad Azam Ahmad menegaskan laporan terbaru itu menjadi rujukan penting untuk memahami proses pemulihan pembelajaran negara.
00:30Menurut Muhammad Azam, CPLM yang dilaksanakan dengan kerjasama UNICEF melibatkan 4,379 murid tahun 5 daripada 158 sekolah di seluruh Malaysia.
00:42Dapatan kali ini amat penting kerana menjadi tren bagi ukuran penguasaan asas literasi murid.
00:50CPLM, Southeast Asia Primary Learning Matrix ialah platform serantau yang membolehkan kita meneliti dengan telus sejauh mana murid tahun 5 di Malaysia benar-benar menguasai asas pembelajaran membaca dan matematik.
01:09Data tersebut menunjukkan Malaysia terus mengatasi purata serantau dengan pencapaian 314 mata dalam bacaan dan 310 mata dalam matematik.
01:19Sebanyak 69% murid mencapai band 5 ke atas dalam bacaan mengkala 74% dalam matematik iaitu melepasi aras minimum SDG4.
01:29Analisis bandar luar bandar pula menunjukkan murid bandar kekal menunjukkan prestasi lebih baik namun jurang perbezaan semakin mengecil dengan hanya sebanyak 3 ke 4 mata dalam kedua-dua domain menyaksikan intervensi inklusif Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi berkaitan memberi impak positif.
01:48Untuk memastikan murid tidak ketinggalan sejak awal pembelajaran POMA, program ini mengesan kelemahan literasi dan numerasi seawal tahun satu makna lepas 3 bulan belajar kita dah adakan pentaksiran kepada mereka untuk kita lihat apakah dapatan-dapatan daripada dapatan itu kita gerakkan aktivansi-aktivansi yang berfokus yang strategik.
02:07Kementerian Pendidikan menegaskan usaha pemulihan akan diperkukuh supaya setiap murid tanpa mengira latar belakang dapat diperkasa melalui pendidikan asas yang adil dan saksama.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended