Ketua Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Suharyanto, berkata jumlah itu merangkumi keperluan di Aceh (25.41 trilion rupiah), Sumatera Utara (12.88 trilion rupiah), dan Sumatera Barat (13.52 trilion rupiah), dengan angka dijangka meningkat selepas penilaian kerosakan selesai sepenuhnya.
00:00Dan ini pula perkembangan banjir di Indonesia. Kerajaan Indonesia menganggarkan peruntukan sebanyak 51.82 triliun rupiah atau sekitar 4 bilion dolar bagi usaha pemulihan dan pembinaan semula di tiga wilayah utama di Sumatera yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh.
00:20Menurut Ketua Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Suharyanto, ia meliputi Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
00:28Aceh memerlukan peruntukan terbesar iaitu 25.41 triliun rupiah diikuti Sumatera Utara dengan 12.88 triliun rupiah dan Sumatera Barat 13.52 triliun rupiah.
00:42Bencana akibat saiklon tropika itu meragut sekurang-kurangnya 950 nyawa setakat 8 Disember, manakala 274 lagi masih hilang.
00:51Pihak berkuasa tempatan di Sumatera turut menggesa Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat nasional bagi membolehkan lebih banyak dana digerakkan untuk operasi mencari dan menyelamat serta bantuan kecemasan.
Be the first to comment