Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap mesin cerucuk di Kampung Peruan, Long Tuma, Lawas petang Ahad.
Transcript
00:00Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap mesin cerucuk di kampung Peruan Long Tumal Lawas pada petang ahad.
00:10Busat Gerakan Operasi PGO Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Sarawak memaklumkan mangsa Billy Muli berusia 31 tahun ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital lawas.
00:24Menurut PGO, Bomber menerima panggilan kejadian itu pada jam 4.55 petang.
00:29Enam anggota balai bomba dan penyelamat lawas berserta jentera tiba di lokasi yang jaraknya 8km dari balai bomba itu iaitu pada jam 5.03 petang.
00:40Mangsa dikeluarkan dari kenderaan itu menggunakan peralatan khas Kemalangan Jalan Raya RTA bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan kenderaan.
00:47Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat jam 6.45 petang.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended