Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak berada dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini.
Transcript
00:00Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Sarawak berada dalam keadaan siap-siaga menghadapi kemungkinan banjir susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Malaysia.
00:11Pengarahnya, Mukhtar Samad berkata hampir 3,000 pegawai dan anggota telah ditempatkan selain 110 kenderaan pelbagai guna termasuk pacuan empat roda serta pelbagai aset lain disediakan untuk digerakkan ketika operasi.
00:24Katanya, pemantauan berkala sedang dijalankan bagi mendapatkan petunjuk awal termasuk mengarahkan penduduk berpindah jika keadaan semakin memburuk dan menurutnya mesyuarat penyelarasan juga telah dilakukan bagi memastikan semua logistik sedia digunakan dan anggota IPM telah berada di lapangan untuk membuat pemantauan awal.
00:47Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan mudah dilanda banjir supaya mengambil langkah keselamatan, termasuk menyimpan dokumen penting di tempat selamat.
00:57Penduduk juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa seperti IPM, polis, tentera dan agensi berkaitan sekiranya diminta berpindah lebih awal.
01:06Tambahnya, pemindahan awal penting bagi memudahkan pergerakan serta penggunaan logistik yang terhad sekaligus memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan tanpa menjejaskan kawasan lain yang lebih kritikal.
01:19Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended