00:00Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasruddin akan memfalkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan subahat di Mahkamah Tinggi bulan depan atas alasan dawaan itu tidak berasas dan cacat.
00:13Azman hari ini mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah berkaitan dengan projek penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah.
00:22Peguamnya Anne Surindran dalam sidang media selepas proseding pagi tadi berkata, beliau terkejut apabila melihat pertuduhan itu kerana anak guamnya tidak melakukan sebarang kesalahan berdasarkan tuduhan dikenakan terhadapnya.
00:37Katanya beliau telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa satu permohonan akan difalkan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan itu kerana ia mempunyai kecacatan dari segi undang-undang dan penyalahgunaan proses.
00:50Beliau juga akan mencabar perintah Mahkamah Session untuk menahan paspor Azman sehingga kes selesai memandangkan wakil rakyat itu mempunyai rekod bersih dan tiada asas untuk menyekat pergerakannya.
01:03Azman didakwa telah mengarahkan CEO Kedah Agro Holdings Berhad supaya mengeluarkan surat tawaran kepada ahli perniagaan Hassan Naim Fauzi bagi projek tersebut dan dikatakan telah bersubahat dengan seorang lagi ahli perniagaan, Ahmad Aswad Abu Bakar yang dituduh menerima RM400,000 daripada Hassan Naim untuk membantu mendapatkan projek itu.
Be the first to comment