Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Istanbul, yang berada di kedudukan keempat antara bandar paling banyak dikunjungi di dunia, memainkan peranan strategik dalam rancangan pengembangan rangkaian syarikat penerbangan itu.
Transcript
00:00AASIA-X berhad menyasarkan untuk mengukuhkan jejak globalnya dengan menurut kepasaran baru, menambah bilangan pesawat dan memasuki bandar-bandar tier 2 tahun hadapan berikutan permintaan perjalanan antarabangsa yang terus meningkat.
00:14Ketua Pegawai Eksekutifnya Benjamin Ismail berkata, Istanbul yang berada di kedudukan keempat antara bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia, memainkan peranan strategik dalam perancangan pengembangan rangkaian syarikat penerbangan itu.
00:30Dengan industri penerbangan global yang terus pulih secara stabil, Benjamin berkata AASIA-X berada pada kedudukan kukuh untuk merebut permintaan baru, mempertingkat hubungan perjalanan timur-barat dan berkembang secara bertanggungjawab di seluruh rangkaiannya.
00:44Pada 14 November, AASIA-X melakukan penerbangan sulung ke Istanbul, Turki, mencatatkan permintaan kukuh bagi kedua-dua hala dengan penerbangan keluar Kuala Lumpur beroperasi pada kapasiti 81% dan penerbangan pulang hampir 89%.
00:58Mengakui penggunaan bahan api yang lebih tinggi bagi operasi jarak jauh, Benjamin berkata pengurusan kos merangkumi lebih daripada harga minyak dengan menekankan bahawa ia melibatkan keseluruhan operasi.
01:09Tambahnya prestasi syarikat penerbangan itu tahun ini telah mengatasi sasaran, didorong oleh faktor muatan yang lebih tinggi dan pemulihan kukuh dalam jumlah penumpang.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended