Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Malaysia perlu mempergiat usaha menembusi pasaran baharu selain Amerika Syarikat (AS) dan China sekiranya mahu kekal sebagai negara dagang berdaya saing.
Transcript
00:00Malaysia perlu mempergiatkan usaha menembusi pasaran baru selain Amerika Syarikat dan Cina sekiranya mahu kekal sebagai negara dagang berdaya saing.
00:09Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu penting bagi memastikan Malaysia tidak hanya bergantung kepada rakan dagang sedia ada, sebaliknya memperluaskan hubungan perdagangan ke rantau berpotensi.
00:20Menurut Perdana Menteri, negara perlu menumpukan pasaran di Eropah, Amerika Latin dan Afrika bagi melonjakkan nilai perdagangan pada masa depan.
00:31Saya nak tegaskan jangan pandang enteng soal ini. Kita tidak boleh berjaya sebagai negara dagang, a trading nation, kalau kita hanya menumpu kepada rakan-rakan strategik sedia ada.
00:50Perdagangan yang sangat tinggi jumlahnya dengan Amerika Syarikat, dengan negara Cina dan sebagainya negara Eropah.
00:57Itu tidak bermasalah dan akan kita teruskan.
01:00Tapi kalau mahu menjayakan Malaysia sebagai negara yang punya ekonomi yang kukuh dan negara dagang, kita mesti dan wajib menembusi pasaran baru.
01:12Meningkatkan perdagangan intra-ASEAN di kalangan dan negara ASEAN dan menembusi pasaran di Amerika Latin dan Afrika yang punya potensi.
01:27Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Rancak Kamadani Bersama Malaysia Kudi Putrajaya pada Ahad.
01:35Terima kasih telah menonton!
01:39Terima kasih telah menonton!
01:40Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended