Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau sudah mempunyai senarai calon untuk rombakan Kabinet.

Transcript
00:00Dato' Sri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau sudah mempunyai senarai calon untuk rombakan kabinet.
00:07Namun Perdana Menteri menjelaskan ia masih dalam pertimbangan teliti dan beliau enggan terburu-buru membuat keputusan.
00:30Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan buku barunya yang berjudul Rethinking Ourselves di Pavilion Bukit Jalil pada Ahad.
00:43Anwar sebelum ini memberikan bayangan bahawa rombakan kabinet yang akan diumum tidak melibatkan perubahan besar-besaran, sebaliknya hanya untuk mengisi kekosongan beberapa jawatan menteri.
00:54Menurut Perdana Menteri, pertimbangan semasa menunjukkan tiada keperluan untuk rombakan menyeluruh memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan madani kini hanya berbaki sekitar setahun setengah sebelum berakhir.
01:06Ketika ini terdapat beberapa kekosongan dalam kabinet madani antaranya bagi portfolio Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended