00:00Sektor minyak sawit boleh menjadi penyumbang utama kepada Matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
00:08Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parviz Gulam Khadir berkata,
00:16dengan amalan dan inovasi lestari, sektor ini dapat meningkatkan lagi simpanan karbon pada masa yang sama,
00:23membekalkan makanan, bahan api dan bahan mentah kepada dunia yang semakin berkembang.
00:30Ahmad Parviz berkata, kajian menunjukkan bahawa ladang sawit matang mampu menyimpan sekitar 30 hingga 40 tan karbon sehektare dalam biomasa tegak,
00:40membuktikan peranannya sebagai penyerap karbon daratan yang penting.
00:45Beliau turut menekankan keperluan metodologi kredit karbon khusus untuk menyerlahkan potensi biomasa sawit.
00:50Ini memandangkan Malaysia menghasilkan lebih 100 juta tan biomasa sawit setiap tahun,
00:56daripada batang, pelepah, tandan kosong, gentian mesokab, tempurung isirung dan efluen kilang.
01:04Ia berpotensi sebagai sumber boleh diperbaharui dan mampan untuk penjanaan tenaga,
01:09penghasilan bioproduk dan biokimia bernilai tinggi,
01:12serta aplikasi dalam pembinaan mampan dan bahan binaan hijau.
01:16Turut ditekankan kepentingan membolehkan pekebun kecil menyertai projek karbon
01:21melalui garis panduan yang jelas, metodologi yang dipermudah dan penggunaan alat pemantauan,
Be the first to comment