Skip to playerSkip to main content
Pelbagai inisiatif dijalankan bagi membentuk mekanisme penyelesaian cekap dan efisien terus dari peringkat akar umbi.

Laporan Lanjut:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/12/05/kementerian-perpaduan-negara-terus-komited-pelihara-keharmonian

Read More:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/12/05/unity-ministry-continues-commitment-to-safeguarding-harmony

Free Malaysia Today is an independent, bi-lingual news portal with a focus on Malaysian current affairs.

Subscribe to our channel - http://bit.ly/2Qo08ry
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Check us out at https://www.freemalaysiatoday.com
Follow FMT on Facebook: https://bit.ly/49JJoo5
Follow FMT on Dailymotion: https://bit.ly/2WGITHM
Follow FMT on X: https://bit.ly/48zARSW
Follow FMT on Instagram: https://bit.ly/48Cq76h
Follow FMT on TikTok : https://bit.ly/3uKuQFp
Follow FMT Berita on TikTok: https://bit.ly/48vpnQG
Follow FMT Telegram - https://bit.ly/42VyzMX
Follow FMT LinkedIn - https://bit.ly/42YytEb
Follow FMT Lifestyle on Instagram: https://bit.ly/42WrsUj
Follow FMT on WhatsApp: https://bit.ly/49GMbxW
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Download FMT News App:
Google Play – http://bit.ly/2YSuV46
App Store – https://apple.co/2HNH7gZ
Huawei AppGallery - https://bit.ly/2D2OpNP

#FMTExplainer

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tahun ini kita banyak dengar insiden-insiden kecil tetapi sensitif mencetuskan perhatian ramai.
00:06Status halal sandwich ham and cheese, diskriminasi kaum oleh peniaga, perpindahan kuil hinggalah bendera dipasang terbalik.
00:14Perkara ini nampak remeh kan?
00:15Tapi sebenarnya boleh mengundang salah faham dan ketegangan kaum jika tidak ditangani segera.
00:21Setakat 15 November ini sahaja, sebanyak 1,294 kes telah direkodkan.
00:28Kebanyakan laporan berkait tatbik urus dan pembangunan dengan 691 kes, keselamatan 395 kes, agama 76 kes, politik 65 kes, kenyataan berbau kebencian 38 kes serta perkawaman 29 kes.
00:44Untuk pantau tren ini dengan lebih berkesan, Kemenjuan Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk mengekalkan keharmonian rakyat.
00:57Kemenang melihat yang sentiasa kami raikan adalah aktiviti-aktiviti perpaduan, aktiviti-aktiviti hubungan antara kaum, interaksi kan, tetapi di belakang tabir itu kami memantau pengurusan isu.
01:12Kami memantau apa sahaja isu-isu yang boleh mencetuskan atau menjejaskan ketegangan, keharmonian masyarakat.
01:22Salah satu caranya ialah pembangunan papan muka analitik mempaduan.
01:27Bahasa mudah ia macam dashboard besar yang membenarkan pihak Kementerian Kenalpasti dan pantau kawasan mana di Malaysia ini ada konflik yang perlu ditangani.
01:35Kami dapat lihat taburan daripada 16 negeri, negeri mana negeri hotspot, negeri yang paling panas dengan isu perpaduan.
01:45Bukan setakat data daripada jabatan perpaduan, tapi kami gabung jalin, kita integrasikan data daripada jabatan perangkaan, yang mana kita ada data antara kaum, data bilangan penduduk dalam Malaysia.
02:02So, kita dapat mapping, tengok melihat secara keseluruhan.
02:07Sementara papan muka analitik merungkaikan pelan strategi untuk masa depan, Kementerian juga mempunyai sistem aduan digital dikenali isepakat.
02:16Pegawai JPNIN pantau sistem ini 24 jam sehari di 116 pejabat seluruh negara.
02:23Kalau ada konflik dalam masyarakat berlaku, sama ada di lapangan atau media sosial, mereka cepat adukan agar tindakan segera dapat diambil.
02:32Ispakat ini dihaskan untuk pegawai-pegawai di lapangan kami di peringkat daerah untuk melaporkan isu kejadian yang menjurus kepada menjejaskan perpaduan.
02:46Semasa pegawai kita di lapangan ini, dia dah laporkan dah.
02:49Lapor dalam ispakat at the same time dia maklumkan pada pihak yang terlibat.
02:53Kalau berkaitan dengan PBT, dia akan maklumlah pada PBT dia.
02:57Contoh, Majlis Bandaraya Syaklam.
03:00Dia maklumkan kalau ada kepada polis, kebalai yang terdekat.
03:06Menurut Nur Wahidah, isepakat ini macam alat pengesah awal, jadi kementeran boleh ambil tindakan cepat sebelum isu kecil jadi konflik lebih besar.
03:14Selain itu, anda mesti pernah berada dalam situasi di mana jiran anda bergaduh sebab berebut parkir saja.
03:21Satu pihak kata dia betul, satu lagi kata dia yang betul.
03:25Pening ya? Macam mana nak selesaikan?
03:27Kalau anda nak tahu, KPN juga ada sediakan hikmat mediatur komuniti.
03:32Mediatur komuniti ini adalah orang tengah yang kita latih, pemimpin-pemimpin komuniti di kalangan rukun tangga.
03:40Kita latih dia sebagai penghantara, sebagai pemudah cara, sebagai orang tengah untuk tenangkan orang yang ada konflik ini.
03:46So, kita kata untuk menenangkan dulu situasi yang ada, supaya isu ini dia tak bergerak, merebah sehingga mempengaruhi satu taman ataupun satu komuniti setempat yang lebih besar.
04:02Tahun ini, Kementerian telah tumbuhkan jawatan kuasa pengurusan isu perpaduan melibatkan 12 agensi kerajaan.
04:08Serta telah menubuhkan sebanyak 10 pusat mediasi komuniti untuk beri hikmat mediasi kepada komuniti awam dalam mencapai situasi yang menang.
04:17Setakat Oktober, 144 kes berjaya diselesaikan.
04:22Free je, tak payah masuk mahkamah, tak payah bergadu panjang.
04:26Dan sekarang, orang awam pun boleh bantu pantau.
04:29Melalui rangkaian aduan komuniti awam, anda boleh lapor tanda-tanda awal, macam komen sensitif, isu agama atau apa-apa yang boleh cetus ketegangan.
04:38Setakat ini, sebanyak 33 perkara telah dilaporkan dan 24 telah diselesaikan serta merta.
04:46Dalam era di mana satu video, status atau salah faham kecil boleh mencetuskan gelombang besar, pendekatan berasaskan data dan kerjasama komuniti menjadi pertahanan utama negara.
04:57Dengan inisiatif yang dijalankan KPN, usaha menjaga perpaduan kini lebih segera, berkesan dan menyeluruh.
05:04Ingat, perpaduan bukan sekadar nilai, ia keistimewaan yang perlu dicaga bersama.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended