00:00Sistem komunikasi radio dan internet bersepadu bergerak diperlukan sebagai penyelesaian terhadap isu komunikasi di kawasan bencana, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fazil.
00:11Prime adalah inisiatif Seruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil iktibar daripada masalah komunikasi dihadapi pasukan keselamatan dan media semasa tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkemahan di Batangkali yang meragut 31 nyawa pada 16 Disember 2022.
00:31Dilancarkan pada 16 Jun lalu oleh Fahmi, Prime menjadi inisiatif strategik untuk menyediakan kemudahan komunikasi modern khusus di kawasan terjejas akibat bencana alam, zon kecemasan atau lokasi tanpa infrastruktur komunikasi sedia ada, terutama di luar bandar.
00:46Pada 7 September lalu, kerajaan turut memperluaskan Prime ke Sabah dengan pelancarannya turut disempurnakan Fahmi di Tawau.
00:55Pemasangan unit di Sarawak pula dijangka siap bulan depan.
00:58Prime menggunakan gabungan teknologi modern termasuk komunikasi satelit, rangkaian selulam mudah alih, radio dua hala, hotspot wifi serta sokongan drone untuk memperluaskan liputan di kawasan kritikal.
Comments