00:01Semua cadangan berkaitan sistem pengambilan pekerja asing secara digital masih dalam peringkat penilaian dan belum diputuskan.
00:09Selain tiada sebarang komitmen, pelantikan atau perjanjian dibuat dengan mana-mana pihak setakat ini.
00:16Kementerian Sumber Manusia atau Kesuma memaklumkan pihaknya sedang meneliti dan memperhalusi cadangan itu melalui sesi libat urus.
00:26Menurut Kesuma, kajian menyeluruh terhadap ekosistem pekerja asing mendapati wujud kelompangan dalam komponen perekrutan di negara Sumber, khususnya berkaitan isu
00:37ikatan hutang yang boleh mendedahkan pekerja kepada risiko eksploitasi.
00:42Cadangan itu selaras prinsip pengambilan pekerja adil dan beretika yang diterapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa atau ILO selain berpotensi menangani isu
00:53pemberdagangan orang dan buruh paksa,
00:55di samping memperkukuh usaha Malaysia mencapai penarafan tier 1 dalam laporan pemerdagangan manusia Jabatan Negara AS.
01:04Usaha memperkukuh sistem perekrutan itu turut menerima sokongan positif beberapa negara sumber tenaga kerja utama seperti Bangladesh, Indonesia dan India
01:17khasnya dalam meningkatkan ketelusan serta kecekapan operasi dan mewujudkan kesinambungan ekosistem pekerja asing menyeluruh daripada proses pra hingga pasca perekrutan.
01:29Di peringkat industri pula, beberapa persatuan perniagaan utama turut menyokong usaha kerajaan memodankan sistem pengambilan pekerja asing.
Comments