Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih menunggu arahan rasmi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung misi pengaman ke Gaza.
Transcript
00:00Angkatan Tentera Malaysia ATM masih menunggu arah rasmi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB berhubung misi pengaman ke Gaza.
00:08Panglima Angkatan Tentera General Tan Sri Muhammad Nizam Jaafar berkata pihaknya telah berada pada tahap kesiapsiagaan untuk diatur gerakan ke sana bagi melaksanakan misi terbabit.
00:19Angkatan ini secara bukan bertulis, informal telah dimaklumkan misi itu akan diteruskan tetapi kita belum menerima apa-apa lagi sehingga kini walaupun kita telah menyediakan pilihan satu, pilihan dua untuk bentuk tugas yang akan diatur gerakan ke Gaza nanti termasuk logistik, engineering dan juga medical.
00:41Kami telah bersiap sedia untuk diatur gerakan. Kami juga telah hanya menunggu apa yang telah akan dimaklumkan oleh PBB, opsi mana yang telah dipilih akan dipilih untuk penugasan pertumbuhan Malaysia.
00:58Beliau berkata demikian selepas majlis pengandung gerahan pingat perkhidmatan negara bangsa-bangsa bersatu PNBB dan pembubaran pasukan Malaysian Batalion Malbat 85012 di Padangkawat Pusat Latihan Asas Tentera Darat Pusasdar di Port Dickson pada Khamis.
01:15Sementara itu beliau berkata pasukan Malbat 85013 yang merupakan kontingen terakhir Malaysia di Lubnan akan membantu melatih tentera negara itu sebelum pengunduran penuh yang dijangka pada Desember tahun depan.
01:28Jelasnya ia bagi membolehkan mereka mengambil alih sepenuhnya penugasan yang selama ini dikalas oleh pasukan Malaysia sejak 2007.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended