Britain dan Norway menandatangani perjanjian pertahanan baharu yang membolehkan kedua-dua negara bekerjasama lebih rapat dalam menghadapi peningkatan ancaman Rusia di Atlantik Utara.
00:00Berita menentangani perjanjian pertahanan utama bersama Norway sebagai langkah memperkukuh kerjasama ketenteraan kedua-dua negara di tengah ancaman Rusia yang semakin meningkat.
00:12Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menyambut rakan sejawatnya dari Norway, Jonas Gastora, di 10 Downing Street ketika perjanjian itu dimeterai oleh Menteri Pertahanan masing-masing.
00:23Perjanjian berkenaan dimeterai pada Khamis, susulan pembelian kapal perang United Kingdom bernilai 10 bilion pound oleh Norway di samping kebimbangan serantau terhadap aktiviti agresif Rusia.
00:36Tentera laut dan tentera udara diraja Britain secara rutin menjejak kapal serta kapal selam Rusia dan misi pengawasan itu dilaporkan semakin kerap sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022.
00:49UK menyatakan terdapat peningkatan 30% pergerakan kapal Rusia yang mengancam pairannya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
00:59Di bawah perjanjian terbaru ini, kedua-dua negara sepakat untuk membolehkan angkatan laut mereka beroperasi bersama di Atlantik Utara
01:07di samping berkongsi kemudahan penyelenggaan, teknologi dan peralatan.
Be the first to comment