Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
SPRM menyiasat Felcra selepas laporan audit mendedahkan urus niaga tanah bernilai RM241.76 juta dilakukan tanpa kelulusan sewajarnya.
Transcript
00:00Baik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM sedang menyiasat Felkra Berhad
00:04selepas audit kerajaan mendapati perbelanjaan meragukan dan takbir urus yang lemah
00:10berlaku antara 2022 hingga 2024.
00:13Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
00:17Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata
00:20SPRM tidak dapat meredahkan butiran siasatan selaras dengan subseksyen 29-4 Akta SPRM 2009.
00:28Laporan Ketua Audit Negara 2025 Siri 2 menegur Felkra kerana menyewa dan membeli 4 ladang
00:36bernilai RM241.76 juta tanpa kelulusan lembaga atau semakan pakar.
00:43Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Razie berkata
00:46keputusan Felkra menyewa 3 ladang di Kelantan dan membeli 1 ladang di Sabah
00:52menunjukkan kelemahan takbir urus.
00:54katanya wujud ketidakselarasan dan kelemahan serius dalam perolehan
00:59penilaian harga, prestasi hasil serta pematuhan resolusi lembaga.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended