Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang selepas ditemukan pasukan SAR, manakala operasi mencari abangnya berusia 14 tahun masih diteruskan susulan kejadian hanyut petang tadi.
00:00Seorang kanak-kanak lelaki yang dikuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras bersama abangnya disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang malam ini.
00:10Ketua Polis Daerah Kajang, SCP Nazrun Abdul Yusof mengesahkan bahawa mangsa berusia 12 tahun ditemukan pasukan SAR 2km dari lokasi kejadian.
00:21Beliau menjelaskan bahawa mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di Sungai Kantan dan menerima bantuan kecemasan pada 7.47 malam sebelum dibawa ke Hospital Kajang.
00:32Beliau turut memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia pada 10 malam selepas menerima rawatan kecemasan di hospital tersebut.
00:40Nazrun menyatakan bahawa operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan abang mangsa yang berusia 14 tahun.
00:47Terdahulu dilaporkan dua kanak-kanak lelaki di Kuatiri Lembas selepas terjatuh ke dalam longkang besar dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola petang Khamis di Taman Prima Saujana Kajang.
Be the first to comment