Skip to playerSkip to main content
Hanya 18 peratus bakal jemaah haji dalam giliran mengambil keputusan menangguhkan menerima tawaran Lembaga Tabung Haji (TH) bagi musim haji tahun 2026.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, bagaimanapun, kuota tahunan rasmi negara sebanyak 31,600 jemaah haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi sentiasa dipenuhi 100 peratus setiap tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759310/berita/nasional/hanya-18-peratus-tangguh-terima-tawaran-haji-2026

#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji2026 #tangguhHaji
Transcript
00:00Tawaran haji yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji adalah berdasarkan kuota yang diterima daripada pihak Kerajaan Arab Saudi.
00:08Kuota tahunan rasmi negara sebanyak 31,600 orang sentiasa dipenuhi setiap tahun, 100%.
00:17Hasil penerimaan tawaran tahun semasa dan juga pembukaan permohonan rayuan dan setiap kekosongan diganti serta-merta melalui sistem tijari.
00:27Untuk rekod, bagi tahun 2025, Tabung Haji telah menerima lebih 84,000 jumlah permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji dan inisiatif ini secara langsung telah membantu Tabung Haji untuk memastikan kuota haji rasmi pada setiap tahun dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
00:47Pada setiap tahun, daripada keseluruhan jumlah tawaran haji yang dikeluarkan kepada bakal haji dalam giliran, terdapat sebilangan yang akan, saya tidak menggunakan perkataan menolak, menangguh atau menunda atas alasan-alasan tertentu.
01:03Antara 2015 sehingga 2025, rekod menunjukkan semua kuota haji telahpun dipenuhi sepenuhnya.
01:13Bahkan, peratusan penangguhan atau penundaan ini semakin berkurang.
01:18Setakat 3 Disember 2025, hanya 18% sahaja bakal jumlah haji yang menangguh atau menunda, menunjukkan keberkesanan strategi proaktif lembaga Tabung Haji.
01:33Saya ingin ditekankan di sini, penangguhan maupun penundaan bakal haji ini bukanlah atas dasar isu atau sistem atau dasar Tabung Haji.
01:44Ianya adalah berdasarkan beberapa faktor.
01:47Di antaranya adalah faktor peribadi, 31%.
01:50Faktor kesihatan, 20%.
01:53Hanya faktor kewangan itu hanya 23%.
01:56Ini bermakna ada banyak faktor yang lain.
02:03Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended