Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 melabuhkan tirainya pada Khamis selepas 35 hari bersidang sejak 6 Okt lepas dengan 15 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan termasuk RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026.
00:00Baik bertemu kembali, mesyuarat ketiga penggal keempat Parlimen ke-15 melabuhkan tirainya pada Khamis selepas 35 hari bersidang dengan 15 rang undang-undang RUU diduluskan termasuk Belanjawan 2026.
00:13Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul dalam ucapannya berkata, sesi kali ini juga menyaksikan usul laporan Ketua Audit Negara Siri ke-3 2025 serta dua usul dari Kementerian diduluskan.
00:30Katanya selain itu terdapat empat sesi penerangan menteri termasuk satu di kamar khas serta enam sesi penerangan pengurusi jawatan kuasa pilihan mengenai penyata-penyata yang dibentangkan.
00:42Johari berkata pada tahun ini Parlimen Malaysia telah menganjurkan perhimpunan agung antara Parlimen ASEAN AIPA ke-46 selain program sekolah parlimen sebagai usaha berterusan memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap peranan serta fungsi institusi itu.
00:58Selain Belanjawan 2026, 14 lagi RUU yang diduluskan termasuk RUU Pasport Pindahan 2025, RUU Immigration Pindahan 2025, RUU Anti-Bully 2025, RUU Perbadanan Kemajuan Film Nasional Malaysia Pindahan 2025 dan RUU Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguasaan Cukai 2025.
01:21Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang belum ditetapkan.
Be the first to comment